CLICK & LICK :)

tukang ikut saya :)

Tuesday, November 1, 2011

entry dari yang tercinta atau yang pernah bercinta...

Tuesday, November 1, 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum nak tulis apa apa, aku nak korang hayati, dengar lirik lagu yang aku sediakan tu sambil baca entry ni. malam ni nak bunga bunga cinta sikit. heeeeeee :)

'Tuhan Tolong lembutkan Hati Dia, untuk terima Ku Seadanya, Kerna Ku tak Sanggup Kerna Ku Tak Mampu Hidup Tanpa Dia Disisiku"

mungkin semua pernah bercinta. yup pernah kan? best tak bercinta? best. semua kita buat sama sama. dia akan buat yang terbaik untuk kita, kita pun akan buat yang terbaik untuk dia. yup semua indah belaka. ayat pun cover cover nak jaga hati, makan pun ada dia kat depan. dia tengok kita senyum senyum. nak balik kita cium tangan dia, lepas tu dia cium tangan kita. bila keluar, tengok wayang sama sama, masa kat wayang dia pegang tangan kita. dia cakap dia yang kita sorang sorang je. bila nak tidur, dia msg/BBM kita cakap selamat malam, kalau boleh dia nak kat sebelah kita nak teman kita, bangun pagi esok dia dah cakap morning! dia cakap lagi terima kasih sebab kita sayang dia. masa anniversary kita bagi dia bunga, kat bunga tu ada note yang kita cakap kita terlalu sayang dia. INDAH TAK MASA BERCINTA? best kan? TAPI.................

semua penah break off tak? best tak? tak. tak best.... mungkin kita akan putus ddngan cara baik. kalau cara baik kita boleh berkawan dengan dia. masih boleh contact dengan dia. tanya khabar dia. dia sihat ke, dia tengah buat apa, dia happy ke tak, dia dah ada pengganti ke *opppsss~, TAPI KALAU PUTUS DENGAN CARA TAK BAIK? kita bergaduh, salah seorang memburukkan antara satu sama lain, bila dah jadi makin buruk, ada campur tangan pihak yang tak berkenaan, hurmm..

SEMUA ORANG NAK YANG TERBAIK DALAM PERHUBUNGAN

baiklah, nak bagi tips sikit. kalau tengah frust, JANGAN:

1) bersendirian, nanti kita akan fikir benda yang negatif dan kita mungkin boleh buat benda yang diluar jangkaan.

2) jangan terlalu memikir tentang dia. tenangkan fikiran. banyakkan buat hobi yang kita suka.

3) banyakkan masa dengan kawan dan keluarga. dengan cara ni kita dapat lupakan dia sikit demi sedikit.

bila tengan frust, SILA:

1) mendekatkan diri dengan Allah. redha dengan ketentuan dan berdoa supaya dapat yang lebih baik.

2) anggap kita single, inilah masa untuk kita betulkan diri sendiri.

3) percaya, ada jodoh yang terbaik untuk kita dan terbaik untuk dia.

sapa tak nak kekal lama tapi kalau dah terpaksa berpisah tu. kena berfikiran redha. penting fikir positif, ADA ORANG YANG TERBAIK UNTUK DIA, UNTUK KITA :)

0 kritikan: