CLICK & LICK :)

tukang ikut saya :)

Friday, November 4, 2011

sana cakap lain, sini cakap lain. ape la lu!

Friday, November 4, 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera. to be honest, badan aku tersangat penat sebab aku baru sampai JB dari KL. perjalanan 4 jam setengah tu buat aku tak boleh tido. bukan tak biasa balik every week KL-JB tapi malam ni rasa memang tak boleh tido. sementara layan mood nak tido, hati aku terpanggil nak update blog. secara peribadi, kalau terasa, terasalahhh. aku update semua guna hati dengan akal aku nak update ape. ni blog aku, siapa tak suka, tak payah baca. suke? teruskan membaca...

sebenarnya, benda ni terjadi dah lama kot uols. especially zaman zaman sekolah, baru baru nak up, baru baru nak berkawan rapat dengan semua. akan ada orang yang tak puas hati ke, busuk hati ke, hati ape ape je lah. takde hati kot senang nak describe. ada orang orang yang berkenaan suka lah pulak jadi mak inang jadian. korang tahu? mak inang tu ape? kalau puteri raja dulu dulu (tak sure sekarang) kan ada yang tukang jaga dia, yang paling senior tu lah mak inang kot. haha. mak inang tu kepoh, dia ketua kepada dayang dayang. haaaa! u can imagine how kepoh mulut mak inang tu. macam tu lah ada mak inang jadian dalam setiap situasi, termasuk hidup aku, STOP.

baiklah, point yang aku pelik, kenapa ada jenis manusia yang tak boleh tengok orang lain senang? sumpah im not POINTING TO ANYBODY tapi ku penah kena. yup aku penah kena. aku dah puas dengan mulut orang mengata 'eh, ady tu ni lah', 'eh ady tu tu lah', 'eh, ADY AKU RIMAS DENGAN ADY KONON BAJET BAGUS UPDATE STATUS NAK BAIK BAIK JE SEMUA', and IF ada yang tengok aku pakai ni brand ape, tu brand ape, and the thing is, AKU BELI SEMUA BARANG AKU PAKAI DUIT BAPAK AKU, AKU TAK PAKAI DUIT BAPAK KAU PUN? dari makan, minum, bb, lappie, baju, seluar, spender semualah! aku tak pernah nak pinjam duit orang untuk beli barang aku pun? malahan ada yang bagi barang aku siap pulangkan semua. okay baiklah. tuan tuan dan puan puan sekalian, macam ni lah......

mungkin dalam hidup, ada pelbagai jenis orang kat sekeliling kita, daripada stranger sampai buddy, family and so on whatsoever kau nak describe orang sekeliling kau siapa tapi, JANGAN NAK DESCRIBE ORANG IKUT SESUKA HATI KAU. yup, mungkin tak semua orang suka kita tapi, at least kita cubalah nak berbaik dengan orang yang baik dengan kita. aku tak pernah nak kutuk sapa sapa pun, especially orang yang aku sedia maklum tak puas hati dengan aku. sebab aku fikir, kita akan dapat kutukan free je lah nanti. macamlah kita bagus sangat kan? sape bagus? kau? aku? tak. semua tak bagus sebab semua bodoh nak jadi budak budak.

aku jenis open untuk bercakap ape je, tapi belakang aku kau jangan buat pasal. aku tak warn siapa siapa pun, dan aku hormat semua sebab aku nak orang respect aku macam mana aku respect orang lain. kadang kadang dengan orang kita tak perasan apa kita buat, kita bajet bagus ke, kutuk orang ke sometime kita tak perasan tapi orang orang orang orang sekeliling yang akan perasan dan .............

baiklah dengan apa yang aku cakap, aku sangat berbesar hati, open heart and mind and ape je yang aku boleh bukak, aku nak seru semua kalau nak buang aku dari BBM ke, FACEBOOK ke silakan. kalau BBM aku pun dah 300++ sampai aku tak tahu nak delete siapa dah. serioushit, aku tak kecik hati mahupun sentap menyentap. kita lelaki doe, nak sentap buat ape. perempuan je ada sense of sentap, terus burukkan orang lain :)

akhir kata, tak puas hati jumpa aku, and this entry pun aku tak point kat siapa siapa cuma, telinga berdesing sikit bila ada yang tak kena. aku cuba untuk baik dengan semua, tak nak cakap buruk orang tapi bila orang ada yang point kat kita, nak kita diam ke? bodohlah aku kan? sebenarnya yang senang, kita tak payah nak ambil tahu hal orang lain. tak payah nak menyibuk sebab kadang kadang kita lagi buruk dari orang tu. yup, buruk!

kalau tak nak pokok bergoyang, jangan jadi macam beruk yang goyangkan pokok. kalau tak nak dipersalahkan, jangan mulakan cari salah orang lain.

see u then! bye :)

1 kritikan:

suarasepi said...

kesabaran sentiasa diuji,lumrah kehidupan sebegitu...

sabarlah..